Thursday, March 19, 2020

Kerajaan dan umumkan “STAY @ HOME” 2 hari lepas.


Kalau dah stay at home satu keluarga, memang sesuai berbulan madu semula bersama-sama. Jarang kan nak dapat luangkan masa lama-lama macam ni dengan family.
Anak sibuk dengan sekolah.
Mak sibuk dengan buat cod.
Ayah sibuk mencari rezeki.
Bila dah diberi kelonggaran untuk bercuti ni, maka muncullah resepi “Stay At Home” bersama Ayam Bismi.
Meh sini tengok resepi “Stay At Home”.
ayambismi.blogspot.com

Resepi Ayam Goreng Madu


Resepi Ayam Goreng Madu yang mudah dan sedap, di perap bersama kicap manis, kunyit, halia, bawang, serai dan di salut madu pastinya menjadi kegemaran.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • Bahan kisar:
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 btg serai

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
  2. Goreng sehingga ayammasak/keperangan.
  3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Terbaik jika dibiarkan ayam diperap semalaman.
Kredit : https://resepichenom.com/resepi/ayam-goreng-madu/show

STAY AT HOME MENGIKUT SARANAN PM


Di sebalik kesulitan mesti ada hikmah kan... Mungkin anda yang diarahkan cuti panjang disebabkan covid-19, boleh guna peluang ini untuk bersama anak-anak dan keluarga di rumah.
Selama ini anda terlalu sibuk dengan kerja dan rutin harian sehingga tak sempat nak masak dan makan di rumah.
Apa kata anda ajak anak-anak memasak bersama esok? Mungkin boleh bahagi jenis resepi, atau buat pertandingan menu tersedap? Mesti ada bakat terpendam yang akan terbongkar nanti!
.
Kami ada menyediakan servis penghantaran ayam segar di sekitar kawasan Simpang Empat dengan kos penghantaran hanya RM1.
Ya. Seringgit sahaja!

Anda tak perlu susah payah nak pakai topeng muka dan sanitizer semua. You just stay at home. Order ayam dengan kami. Runner hantar terus ke rumah anda. Jamin selamat.
Boleh semak senarai kawasan di link bawah, atau terus hubungi nombor yang tertera.

Friday, March 13, 2020

Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven Menjilat Jari

Apakah anda tertunggu resepi ayam yang power seperti ala-ala restaurant gitu. Anda patut mencuba resepi yang kami kongsikan di bawah ini iaitu Ayam Panggang Madu Lada Hitam. Resepi ini sangat disukai kerana rasanya yang manis dan lazat.

      Bahan yang digunakan :
  • Seekor ayam. Potong sesuai selera.
  • 1sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Kicap dalam 2..3 sudu..
  • Madu 4 sudu
  • Sikit garam
  • Satu sudu pati ayam

  • Bahan blend :
  • Cili kering 11 biji. Pedas mengikut selera.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 3 batang serai
  • Seinci kunyit

  • Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Toskan air.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas. Gaul dengan bahan blender dan semua bahan. Perap dalam 5 jam (1-2 jam pun ok cuma rasa nya tak seberapa power sangat).
  3. Sapu dulang dengan minyak dulu sampai menyaluti dulang.
  4. Masukkan dalam dulang pembakar. Curah seedikit kuah.
  5. Bakar dalam 30 minit.
  6. Setelah berbunyi alarm, cuba periksa apakah ayam sudah masak atau belum.
  7. Kuah yg lebih boleh dipanaskan di atas api, boleh digunakan untuk cicah ayam.
  8. Ingin ayam cantik berkilat dengan kuah yang kita masak tu. Masukkan sedikit sahaja kuah ke dalam kuali bersama ayam. Gaul dengan api sederhana. Angkat. Siap.
Selamat mencuba :)

Tuesday, March 10, 2020

Sebelum Mak-mak Beli Ayam, Kena Tahu 3 Info Penting Ini ‼️


1. Ayam yang segar, ia akan berwarna merah jambu, isi kenyal dan tidak berbau.
2. Ayam mentah pula perlu disimpan di bawah 4°C (suhu sejuk) untuk mengurangkan pembiakan bakteria Salmonella.
3. Gunakan plastic wrap/beg ziploc sebagai lapisan untuk mencegah permukaan ayam daripada membentuk lapisan ais.
√ Dengan cara ini ayam boleh disimpan selama 2 bulan. Kalau anda lagi rajin boleh labelkan bungkusan ayam dengan tarikh pembelian.