Wednesday, June 10, 2020

KENA TAHU. INI TANDA-TANDA TELUR ANDA DI DAPUR TELAH ROSAK


1. KULIT / LAPISAN BERDEBU (TANDA BERKULAT)
2. BERBAU BUSUK DAN HANYIR
3. TARIKH TAMAT TEMPOH
4. KULIT RETAK (WAJIB BUANG)
5. KULIT LENDIR (TANDA DICEMARI BAKTERIA)
6. WARNA PUTIH TELUR BERUBAH
7. TELUR TERAPUNG BILA DIMASUKKAN AIR (TANDA TELUR LAMA)



Wednesday, June 3, 2020

𝐓𝐀𝐆 & 𝐖𝐈𝐍 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐄𝐒𝐓 #


Hi #bismilovers! Dah lama kita tak buat contest kan? Untuk bulan June sempena bulan Syawal dan memandangkan ada yang tak berpeluang nak beraya bersama orang tersayang jadi kami adakan Tag & Win contest. Nak menang? Mudah ja cara-caranya:
.
1⃣ Follow IG @ayambismisegarhalalsuci
2⃣ Like post ini
3⃣ Tag 1 kawan di ruangan komen di bawah
(Huraikan kenapa anda rasa orang tersebut sangat istimewa bagi anda)🥰

Contoh : Teha Rahim.
Kawan sejati sejak dibangku sekolah yang sentiasa ada di waktu susah dan senang.
.
Kan admin dah kata, kacang ja! :stuck_out_tongue_winking_eye: Kami akan memilih 3 orang yang bertuah. Andddd yang paling best, kawan yang awak tag tu pun akan memenangi hadiah yang sama! Yayy! Mudah sangat-sangat kan? Jadi, mulakan operasi tag anda sekarang! 🥰

AYAM GORENG KUNYIT - Resepi Ayam Ringkas & Lazat Anda Boleh Sediakan Untuk Makan Malam. Simple Je!



Kalau anda mahukan ayam goreng rangup tanpa disaluti tepung yang banyak, anda wajib sekali mencuba resepi Ayam Goreng Kunyit ini. Resepi ayam goreng ini menggunakan bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili kering, halia, dan udang kering yang menaikkan lagi rasa ayam. Memang luar biasa!

6 ketul ayam
2 biji bawang merah
6 batang cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil udang kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara-Caranya :

1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan.

4. Ayam Goreng Kunyit sudahpun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!

Kredi resepi : https://says.com/…/resepi-ayam-goreng-kunyit-rangup-dan-rin…