Wednesday, July 11, 2018

Akak Ni Jual Ayam kat FB? Biar Betul!? | Sifutestimoni 079



Ini true story! Nampak macam tak logik, tapi Mommy Ayam berjaya buktikannya! Jual ayam kat FB pun boleh (bukan mak ayam taw, huhu..). Alhamdulillah, lepas gunakan 2 teknik Sifufbads, integrated marketing, bisnes beliau mengalami kenaikkan sales hingga RM9 juta! Woooww.. itulah effect lepas gunakan online marketing combine dgn offline. Nak tahu apa beliau dah buat? "Ehhh.. mesti la nak sifu!" . Ok, jom ikuti perkongsian beliau dalam video ini. 3 minit jer... . .
WHO IS SIFUFBADS? . Your #1 Digital Marketing Gurus . . Temui mereka di :- . Facebook : http://facebook.com/sifufesbukads

Tuesday, July 10, 2018

Apa tu FRESHLY FROZEN CHICKEN - FFC?

enlightenedFFC adalah:
😍 Ayam Bismi segar yg kami potong, kami cuci dan bekukan segera.
😍 Tanpa bahan kimia dan pengawet tambahan.
😍 Tahan 1 tahun jika dlm keadaan beku.
😍 Mudah dijual dan repeat order tinggi.
😍 Untung menarik sambil goyang kaki sahaja.
😍 Sokongan dan bimbingan perniagaan akan disediakan.
Apa tunggu lagi. Cuma sebut saja perkataan ini kpd bakal pelanggan. Saheh depa beli. Apa dia magik word tu akak :
"LA NI AYAM SYUBHAH MELAMBAK DIPASARAN. Kalau ampa nak ayam kompom Halal, kami ada jual!"
Lagi satu yang penting sangat2 ialah :
AYAM BISMI :
✔ Bebas suntikan.
✔ Bebas hormon.
✔ Ayam diberi makan dedak tanpa sisa khinzir.
✔ Ayam hanya diberi ubat disahkan KKM sahaja.
✔ Halal Jakim.
✔ Femes dan selalu diulang beli berkali-kali selama 30 tahun beroperasi.
✔ Banyak testimonial diberikan pelanggan seperti segar, yakin Halal, kurang lemak, mudah dicuci, tidak hanyir dan macam-macam lagi.
Joom jadi ahli keluarga Ayam Bismi.
#KempenSedarHalal
TERNAKAN SEMBELIHAN EDARAN 💯💯💯% Muslim.heart

Wednesday, July 4, 2018

Lima Tips Untuk Pastikan Ayam Yang Dijual Di Pasar Dan SuperMarket Adalah Segar



Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh itu kita sebagai pengguna perlu memilih daging ayam yang berkualiti dan segar. Seorang pakar diet di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah berkongsi beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar dan berkualiti.

1. Warna ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.


2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.


3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.


4. Bau ayam 
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.


5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang menghurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.


❤  Sumber dari Facebook RuQayyah Muhd

Monday, July 2, 2018

5 Bahan Makanan yang Membantu Kurangkan Berat Badan

1. IKAN
Ikan adalah satu lagi sumber protein yang sangat berkesan. Kebanyakan jenis ikan putih seperti salmon mengandungi omega-3 yang sihat. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa protein ikan mungkin lebih memuaskan daripada protein daging lembu.
Tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk menjelaskan fakta ini lagi dan salah satu penjelasannya ialah ikan secara semula jadinya, mempunyai kandungan asid amino L-glutamat yang tinggi. Kandungan asid inilah yang dikatakan memberikan rasa umami (ala rasa manis-manis gitu) isi ikan.
2. CILI
Menambahkan cili dalam masakan akan membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Cili turut mengandungi elemen antioksida dan Vitamin C serta beta-karoten yang mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
3. KOBIS BUNGA
Seperti sayur-sayuran yang lain, kobis bunga penuh dengan fitonutrien yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan merupakan sumber vitamin C yang hebat. Bagi memaksimumkan lagi kandungan antioksida dalam kobis bunga, makanlah mentah-mentah atau jika anda tak lalu nak makan sayur mentah, stimlah kubis tersebut.
( Tetapi ingat, basuhlah dulu kubis tersebut ya. Terjumpa ulat, geli pula nak makan)
4. LIMAU GEDANG
Limau gedang merupakan salah satu buah yang amat bagus untuk kesihatan jantung anda. Limau gedang mengandungi vitamin C, asid folik, kalium,  pektin dan serat larut yang mungkin sekutu kuat terhadap aterosklerosis. Limau gedang yang berwarna merah jambu dan merah juga mempunyai vitamin A dan lycopene, iaitu fitokimia yang melindungi dinding arteri daripada kerosakan oksida.
Tip untuk memilih buah yang mmpunyai isi yang berjus: belilah buah yang berat kerana buah yang berat mempunyai kandungan air yang tinggi. Tak percaya, cubalah! Jangan pula guna tip ini untuk beli durian. Mestilah tak jadi…
5. LOBAK
Sayuran-sayuran berwarna terang ini dipenuhi dengan kalium, asid folik, antioksidan, dan sebatian sulfur yang membantu pencernaan. Jangan lupa bahawa akar yang berwarna hijau mengandungi 6 kali vitamin C dan kalsium berbanding sayuran yang tidak mempunyai akar hijau.
Potong nipis-nipis dan masukkan dalam salad hijau segar atau tak tahan tak ada rasa lemak, masukkan sedikit mayonis. Sikit tak apa, jangan satu balang!
Kredit : http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-bahan-makanan-bantu-kurang-berat-badan