Friday, March 13, 2020

Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven Menjilat Jari

Apakah anda tertunggu resepi ayam yang power seperti ala-ala restaurant gitu. Anda patut mencuba resepi yang kami kongsikan di bawah ini iaitu Ayam Panggang Madu Lada Hitam. Resepi ini sangat disukai kerana rasanya yang manis dan lazat.

      Bahan yang digunakan :
  • Seekor ayam. Potong sesuai selera.
  • 1sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Kicap dalam 2..3 sudu..
  • Madu 4 sudu
  • Sikit garam
  • Satu sudu pati ayam

  • Bahan blend :
  • Cili kering 11 biji. Pedas mengikut selera.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 3 batang serai
  • Seinci kunyit

  • Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Toskan air.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas. Gaul dengan bahan blender dan semua bahan. Perap dalam 5 jam (1-2 jam pun ok cuma rasa nya tak seberapa power sangat).
  3. Sapu dulang dengan minyak dulu sampai menyaluti dulang.
  4. Masukkan dalam dulang pembakar. Curah seedikit kuah.
  5. Bakar dalam 30 minit.
  6. Setelah berbunyi alarm, cuba periksa apakah ayam sudah masak atau belum.
  7. Kuah yg lebih boleh dipanaskan di atas api, boleh digunakan untuk cicah ayam.
  8. Ingin ayam cantik berkilat dengan kuah yang kita masak tu. Masukkan sedikit sahaja kuah ke dalam kuali bersama ayam. Gaul dengan api sederhana. Angkat. Siap.
Selamat mencuba :)

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete