Monday, February 17, 2020

Tahukah anda?? - AYAM BISMI NI MILIK SIAPA ..


Tahukah anda??
Sekerat saja dalam Malaysia ni Ladang Ayam Milik Orang Islam.
Nak serbu beli x tahawan boleh...tapi..........
Tapi, ayam depa makan apa?
Tapi, depa proses lagumana?
Tapi, SIAPA yang proses? 
Tapi, depa suntik macam2 dak ayam tu?
Tapi, kehalalan toyyibb depa diiktiraf x?
OK stop! Xada tapi2 lagi...
"mencari yang halal itu kan wajib....." So jom makan Ayam Bismi!
-Ternakan sebelihan edaran 100%
-dedak bebas sisa khinzir
-tanpa hormon pembesaran
-tanpa suntikan
#AyamBismi #SegarHalalSuci

Sunday, February 16, 2020

Jom sama-sama kita ketahui bahagian ayam yang mana tinggi protein dan lemak? 😉✍



Ayam adalah salah satu daripada sumber protein yang menjadi kegemaran ramai orang. Selain itu, ia juga mudah didapati. Ayam terdapat banyak bahagian, tapi yang mana satu bahagian kesukaan kita?

Sering kali, kita disarankan untuk mengambil bahagian dada ayam kerana ia merupakan pilihan bahagian yang lebih sihat terutamanya bagi orang yang ingin membina badan dan juga orang yang dalam proses penurunan berat badan. Betul kan? 😉

Walaupun bahagian kaki adalah paling tinggi kandungan protein, tetapi ia juga mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada bahagian dada. Untuk mendapatkan 26.3 g protein disitu, kita perlu mengambil sebanyak 12 ketul kaki ayam😱
Jenuh la cik kak cik abang nak tokak kaki ayam tu.

Konklusinya, dada merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding dengan bahagian lain. Tetapi, penjagaan porsi makanan adalah kunci utama untuk mendapatkan makanan yang seimbang, dimana cukup sumber karbohidrat, protein dan juga seratnya👌🏻😊
Jadi, buatlah pilihan yang bijak dengan memilih bahagian yang tinggi protein dan kurang lemak💪🏻

Farah Majid & Awatif Wahab
Dietitian,
WellBites.

ADAKAH RASA AYAM DAGING ATAU AYAM ORGANIK LEBIH BAIK?


Terdapat sedikit data yang menyokong idea bahawa jarak bebas atau ayam organik benar-benar rasa lebih baik daripada yang dipelihara secara konvensional.
Ayam daging komersial tidak suka berjalan di sekitar, kerana mereka terpilih untuk memaksimumkan pertumbuhan mereka. Jadi itulah mitos bahawa senaman yang lebih banyak membuat daging ayam lebih lembut.

Ayam Bismi bukan ayam Organik. 😉
Sonia Yun Liu, Pensyarah dalam Pemakanan Ayam, Universiti Sydney
https://ms.innerself.com/content/living/health/food-and-nutrition/13087-10-facts-you-need-to-know-about-the-chicken-and-eggs.html

Sunday, February 9, 2020

Makan Kulit Ayam Tidak Menggemukkan Malah Mampu Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi


Mungkin sebelum ini anda sering mendengar bahawa kulit ayam sangat tidak sihat untuk dimakan. Rata-ratanya menganggap kulit ayam boleh meningkatkan tahap kolesterol dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kolesterol, penyakit jantung dan darah tinggi.

Disebabkan itu kulit ayam selalu dibuang atau hanya dimakan dalam kuantiti yang sangat minimal. Tambahan kepada orang yang sedang berdiet atau menjaga berat badan. Menurut satu kajian yang dijalankan diluar negara, kulit ayam sebenarnya tidak mendatangkan keburukkan malah ia bukanlah penyebab kepada penyakit jantung.
Sebenarnya lemak kulit ayam tergolong dalam kategori tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang teruk disebabkan oleh hormon seseorang. Kulit ayam juga mempunyai kalori yang tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukan. Kulit ayam juga boleh berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke dalam daging ayam yang dimasak.
Kebaikan kulit ayam adalah ia sangat lazat dan anda tidak perlu menambah banyak garam untuk menjadikannya lebih sedap. Tapi jangan sesekali menambah menu lain bersama-sama kulit ayam kerana ia akan menyebabkan khasiatnya berubah.