Ayam Bismi Peneraju Solusi Ayam Halal Ummah di Malaysia.Ayam Bismi percaya kepada konsep Halal 100% bermula dari ladang kami terus ke dapur anda. 100% Muslim. Daya saing Ayam Bismi ialah kami mempunyai KEPRIHATINAN yang sangat tinggi dalam memastikan Ternakan, sembelihan dan edaran ayam-ayam kami Patuh Syariah serta selamat dimakan.
Wednesday, June 10, 2020
KENA TAHU. INI TANDA-TANDA TELUR ANDA DI DAPUR TELAH ROSAK
Wednesday, June 3, 2020
𝐓𝐀𝐆 & 𝐖𝐈𝐍 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐄𝐒𝐓 #
Hi #bismilovers! Dah lama kita tak buat contest kan? Untuk bulan June sempena bulan Syawal dan memandangkan ada yang tak berpeluang nak beraya bersama orang tersayang jadi kami adakan Tag & Win contest. Nak menang? Mudah ja cara-caranya:
.
1⃣ Follow IG @ayambismisegarhalalsuci
2⃣ Like post ini
3⃣ Tag 1 kawan di ruangan komen di bawah
(Huraikan kenapa anda rasa orang tersebut sangat istimewa bagi anda)🥰
Contoh : Teha Rahim.
Kawan sejati sejak dibangku sekolah yang sentiasa ada di waktu susah dan senang.
.
Kan admin dah kata, kacang ja! :stuck_out_tongue_winking_eye: Kami akan memilih 3 orang yang bertuah. Andddd yang paling best, kawan yang awak tag tu pun akan memenangi hadiah yang sama! Yayy! Mudah sangat-sangat kan? Jadi, mulakan operasi tag anda sekarang! 🥰
AYAM GORENG KUNYIT - Resepi Ayam Ringkas & Lazat Anda Boleh Sediakan Untuk Makan Malam. Simple Je!
Kalau anda mahukan ayam goreng rangup tanpa disaluti tepung yang banyak, anda wajib sekali mencuba resepi Ayam Goreng Kunyit ini. Resepi ayam goreng ini menggunakan bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili kering, halia, dan udang kering yang menaikkan lagi rasa ayam. Memang luar biasa!
6 ketul ayam
2 biji bawang merah
6 batang cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil udang kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara-Caranya :
1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan.
4. Ayam Goreng Kunyit sudahpun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!
Kredi resepi : https://says.com/…/resepi-ayam-goreng-kunyit-rangup-dan-rin…
Thursday, March 19, 2020
Kerajaan dan umumkan “STAY @ HOME” 2 hari lepas.
Mak sibuk dengan buat cod.
Ayah sibuk mencari rezeki.
ayambismi.blogspot.com
Resepi Ayam Goreng Madu
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
- kicap manis
- 2 sudu besar madu
- Bahan kisar:
- 2 cm kunyit
- 2 cm halia
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 btg serai
Cara Penyediaan:
- Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
- Goreng sehingga ayammasak/keperangan.
- Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.
Tips:
- Terbaik jika dibiarkan ayam diperap semalaman.
STAY AT HOME MENGIKUT SARANAN PM
Kami ada menyediakan servis penghantaran ayam segar di sekitar kawasan Simpang Empat dengan kos penghantaran hanya RM1.
Friday, March 13, 2020
Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven Menjilat Jari
- Seekor ayam. Potong sesuai selera.
- 1sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
- 3 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu sos cili
- Kicap dalam 2..3 sudu..
- Madu 4 sudu
- Sikit garam
- Satu sudu pati ayam
- Bahan blend :
- Cili kering 11 biji. Pedas mengikut selera.
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Seinci halia
- 3 batang serai
- Seinci kunyit
- Cara-cara :
- Bersihkan ayam. Toskan air.
- Masukkan ayam ke dalam bekas. Gaul dengan bahan blender dan semua bahan. Perap dalam 5 jam (1-2 jam pun ok cuma rasa nya tak seberapa power sangat).
- Sapu dulang dengan minyak dulu sampai menyaluti dulang.
- Masukkan dalam dulang pembakar. Curah seedikit kuah.
- Bakar dalam 30 minit.
- Setelah berbunyi alarm, cuba periksa apakah ayam sudah masak atau belum.
- Kuah yg lebih boleh dipanaskan di atas api, boleh digunakan untuk cicah ayam.
- Ingin ayam cantik berkilat dengan kuah yang kita masak tu. Masukkan sedikit sahaja kuah ke dalam kuali bersama ayam. Gaul dengan api sederhana. Angkat. Siap.