Wednesday, July 4, 2018

Lima Tips Untuk Pastikan Ayam Yang Dijual Di Pasar Dan SuperMarket Adalah Segar



Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh itu kita sebagai pengguna perlu memilih daging ayam yang berkualiti dan segar. Seorang pakar diet di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah berkongsi beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar dan berkualiti.

1. Warna ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.


2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.


3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.


4. Bau ayam 
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.


5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang menghurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.


❤  Sumber dari Facebook RuQayyah Muhd

No comments:

Post a Comment